OBJEKTIF YANG DIPAPARKAN DALAM BLOG INI IALAH:
- mengetahui definisi dan konsep pendidikan khas seperti
a) definisi pendidikan khas
b) definisi kanak-kanak berkeperluan khas
c) istilah-istilah dalam pendidikan khas
d) konsep dan kepentingan pendidikan khas
- mengetahui sejarah perkembangan pendidikan khas seperti:
a) pengasas pendidikan khas
b) sejarah pendidikan khas diluar negara
c) sejarah pendidikan khas di Malaysia
- mengetahui perundangan berkaitan pendidikan khas seperti
a) perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di luar negara
b) perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia
- blog ini juga memaparkan video mengenai sejarah pendidikan khas
1.0 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
- mengetahui definisi dan konsep pendidikan khas seperti
a) definisi pendidikan khas
b) definisi kanak-kanak berkeperluan khas
c) istilah-istilah dalam pendidikan khas
d) konsep dan kepentingan pendidikan khas
- mengetahui sejarah perkembangan pendidikan khas seperti:
a) pengasas pendidikan khas
b) sejarah pendidikan khas diluar negara
c) sejarah pendidikan khas di Malaysia
- mengetahui perundangan berkaitan pendidikan khas seperti
a) perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di luar negara
b) perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia
- blog ini juga memaparkan video mengenai sejarah pendidikan khas
1.0 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
u Definisi Pendidikan Khas
- Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.
Menurut Hallahan dan Kauffman (2006) : Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan bagi menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
u DEFINISI KANAK- KANAK BERKEPERLUAN KHAS
-Kanak-kanak Berkeperluan Khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada normal juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.
-Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri)
u ISTILAH-ISTILAH DALAM PENDIDIKAN KHAS
-HANDICAP
kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.
-DISABILITY
Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal.
-IMPAIRMENT (ketidakupayaan pendengaran/ penglihatan)
Kekurangan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan kekurangan struktur atau fungsi dari segi psikologi, fisologi, dan anatomi.
u KONSEP DAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN KHAS
-Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan.
Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan integrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS
PERSPEKTIF SEJARAH
Tamadun Yunani dan Rom
Ø Orang yang cacat seperti kerencatan akal, gila, buta, pekak dan cacat anggota badan menjadi bahan ejekan, cemuhan, dan gurauan ahli masyarakat yang lain.
Ø Mereka dianggap sebagai golongan manusia yang lebih hina dan tidak berharga daripada golongan hamba abdi.
Ø Malahan ibu bapa diharuskan mencampakkan anaknya, jika anaknya dilahirkan cacat, dari suatu tempat yang tinggi kerana takutkan keluarga diejek oleh masyarakat.
Ø Anak yang cacat membawa sial serta menyusahkan masyarakat.
Zaman Pertengahan di Eropah (500-1500 M)
Ø Golongan yang cacat menerima layanan yang buruk, sungguhpun ada ajaran agama Kristian
Ø Pada amnya, orang cacat dianggap bodoh (fools) yang dikuasai oleh syaitan dan hantu.
Ø Kepercayaan bahawa orang cacat dan terencat akal sebagai dikuasai hantu dan syaitan telah mendorong masyarakat untuk menjadikan orang cacat sebgai korban bagi upacara sembahyang atau diserapkan bagi mneghalau bagi diserap bagi menghalau hantu dan syaitan yang merasuk akal fikiran
Ø Kerajaan, ahli fisiologi dan pihak gereja bersubahat menyebarkan amalan dan sikap seperti ini.
Era Selepas Tahun 1900
Ø Nasib orang-orang cacat diperjuangkan oleh tokoh-tokoh Pendidikan Khas, namun timbul pula masalah pengistilahan dan pentakrifan yang mengakibatkan kekekliruan yang menyebabkan penafian hak penempatan kanak-kanak berkenaan dalam sekolah-sekolah awam.
Ø Akibatnya wujud kes saman-menyaman.
u PENGASAS PENDIDIKAN KHAS
Ø Akhir abad ke-19. Samuel Gridley Howe merupakan pengasas pendidikan khas
Ø Beliau telah menubuhkan “Perkins School For The Blind” di Massachhusetts iaitu khusus untuk kanak-kanak buta dan pekak
Ø Thomas Hopkins Galludet (1787-1851)
Ø Beliau mengajar seorang gadi pekak yang kemudiannya mendirikan sekolah untuk kanak-kanak pekak di Connecticut .
Ø Pada awal abad ke-20, Pendidikan Khas banyak dipengaruhi oleh ahli psikologis - memperkembangkan ujian mental untuk mengesan kegagalan pelajar di sekolah
Ø Golongan sosiologis- membantu ahli keluarga dan komuniti yang berkeperluan khas.
Ø Pertengahan abad ke-20 Pendidikan Khas banyak dipengaruhi oleh golongan profesional dan dan ibu bapa melalui NGO
Ø 1922 - Persatuan Council For Excentional Children ditubuhkan di mana ahlinya seramai 50 ribu orang.
Ø Persatuan-persatuan lain seperti AAMR (American Association Mental Retardation)
Ø Persatuan ibu bapa terdiri daripada mereka yang mempunyai anak istimewa.
Jean - Mac Gaspard Itard (1775-1838)
Ø Itard, seorang doktor perubatan Peranchis dilantik untuk merawat seorang budak berumur 12 tahun bernama Victor .
Ø Victor dijumpai merayau dalam hutan dan tidak pernah berinteraksi dengan manusia.
Ø Digelar “Budak Liar Averyron” (Wild boy of Averyon) dan didapati pekak dan bisu
Ø Pada masa itu ramai pakar yang meramalkan budak tersebut tidak boleh diajar.
Ø Selama 5 tahun mangajar Victor kemahiran asas seperti memakai baju, menjaga kebersihan diri, bertutur dan bercampur gaul dengan orang lain.
Ø Beliau kecewa dengan kemajuan hingga berputus asa namun tetap bersabar.
Ø Akhirnya, dengan kesabaran yang tinggi maka Victor berjaya mempelajari huruf-huruf abjad dan maksud banyak perkataan serta kebolehan menjaga diri sendiri.
Ø Usaha yang dilakukan Itard ini maka bermulanya kesedaran bahawa kanak-kanak berkeperluan khas boleh diajar jika diberi perhatian yang sewajarnya.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI BARAT
² Berpusat di Eropah pada akhir abad ke-18
² Diperkenalkan oleh Jean Marc Ittard (1775 - 1838)
² Beliau telah mendidik kanak-kanak liar iaitu Victor pada asalnya berkelakuan seperti haiwan. Victor kemudian dirujuk kepada Philipe Pinel.
² Beliau mengesahkan bahawa Victor kurang siuman dan tidak dapat dididik dan dipulihkan.
² Ittard - beranggapan bahawa Victor boleh dilatih dengan menggunakan kaedah PdP yang sistematik.
² Ittard mengambil masa lima tahun untuk membuktikannya.
² Dari aspek pendidikan, Ittard adalah pendidik pertama yang membuat pemerhatian keatas aspek inteek dan menggunakan kaedah psikologi untuk kanak-kanak.
SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA
² Pendidikan Khas di Amerika Syarikat
- Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa beliau di sekolah dan sekolah menengah.
- Beliau telah memasuki Universiti dan memperolehi Ijazah Sarjna Muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang kurnag upaya.
- Michael terdiri daripada ramai orang kurang upaya yang berjaya akibat daripada kelulusan undang-undang terkenal pada tahun 70-an.
² Public Law 94-142 (di Amerika Syarikat)
- (PL 94-142) telah diperkenal pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.
- Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk semua kanak-kanak cacat (Education For All Handicapped Children Act)
- PL 94-142 adalah dititiktolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggai boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa.(Odom & McEvoy 1988)
- Sejarah pendidikan khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan.
- Public Law 94-142 (USA) menytakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang akan dikenakan keatas mereka.
- Undang-undnag ini merupakan yang palig mempengaruhi bidang pendidikan khas.
- Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam petaksiran.
- Undang-undang ini telah menekankan enam prinsip iaitu pengisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendiidkan individu, persekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa.
- Undang-undang ini menjamin bahwa setiap individu antara 3-21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka.
- Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama kanak-kanak normal atau biasa.
https://www.youtube.com/watch?v=9tG1jLz2ess
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya.
Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran.
PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIKAN KHAS
Ø PERUNDANGAN DAN DASAR-DASAR PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA.
Public Law 94 – 142 (Amerika)
Sejarah
Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public
Law 1975 diperkenalkan. PL 94-142 adalah bertitik tolak
daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan
apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya
dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh
kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian
dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988).
(PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November
1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini undang
undang tersebut dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat
(Education for All Handicapped Children Act). Pengenalan PL94-142 adalah
bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah
dinafikan apabila mereka diasingkan daripada
kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran
yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi
peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak
biasa (Odom & McEvoy 1988).
Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di
Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap
individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak
yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama
dengan kanak-kanak biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini
tidak mampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang lain.
Oleh itu, guru Pendidikan Khas akan diperuntukkan di setiap sekolah
bagi menjaga hak kanak-kanak yang menghadapi masalah ini.
Mandat-mandat
Asas PL94-142
Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990,
apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with
Disabilities Act, Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan.
Mandat-mandat tersebut telah memberi terhadap:
i. Pendidikan untuk semua,
ii. Persekitaran
yang paling tidak mengehadkan (least restrictive environment),
iii. Pentaksiran
yang tidak mendiskriminasi,
iv. Penyediaan khidmat sokongan yang
berkaitan,
v. Hak ibu
bapa yang membantah (due process) dan
vi. Pendidikan
yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).
i. Pendidikan untuk semua
Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk
mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu,
kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak
disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di dalam
kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran
kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai yang
diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk
menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga
18 tahun. Apabila peruntukan PL99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk
individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak
(Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk
semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai
prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanak-kanak
khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat awal lagi.
ii. Persekitaran yang paling tidak mengehadkan (
least restrictive environment )
Persekitaran yang paling tidak mengehadkan (least
restrictive environment)
bermaksud tidak ada pengasingan
sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi
individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh
belajar di
dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas kanak-kanak
biasa. Justeru, kanak-
kanak ini berhak untuk belajar bersama-sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan
mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai
'pendidikan inklusif’. Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling tidak
mengehadkan telah membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila
(2006), falsafah pendidikan inklusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan
integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses
pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program inklusif ini
bermula di United Kingdom pada tahun 1997. Hasil pengaruh dua laporan penting pada
awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission
dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-
kanak khas dapat diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua.
kanak ini berhak untuk belajar bersama-sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan
mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai
'pendidikan inklusif’. Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling tidak
mengehadkan telah membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila
(2006), falsafah pendidikan inklusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan
integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses
pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program inklusif ini
bermula di United Kingdom pada tahun 1997. Hasil pengaruh dua laporan penting pada
awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission
dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-
kanak khas dapat diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua.
iii. Pentaksiran
yang tidak mendiskriminasi
Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang
elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan
dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan
terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke
atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak
khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan
atau kekurangan mereka. (Yusuf,etal, 2006). Pada peringkat awal
penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilai kebolehan
kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidis iplinary Team (MDT)
yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan
pihakpihak lain untuk memastikan bahawa
kanak-kanak tersebut memerlukan penempatan di kelas khas
tersebut. Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak
tersebut tersebut akan dinilai dan
satu perancangan pengajaran dan bentuk penilaian
yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006).
Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda
kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-kanak
tersebut, lebih daripada satu penilaian
dilakukan untuk sesuatu ketidakupayaan dan
dilakukan secara menyeluruh dalam katogeri
keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)
iv. Penyediaan
khidmat sokongan yang berkaitan
Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yan
terpenting bagi kanak-kanak khas. Mereka memainkan
peranan penting dalam merancang dan menentukan
perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan
agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap
maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang
penilaian dan perancangan yang akan
dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat
sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah
diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.
v. Hak ibu bapa yang membantah (due process)
Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan
pihak sekolah dan para profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut
PL 94-142, maklumat mengenai ketidskupayaan seseorang
individu adah sulit. Maklumat ini tidak akan
dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod
tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun, ibu bapa
mempunyai hak untuk melihat semua maklumat
berkenaan dan boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat.
Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah dimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil
untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak mereka. Jika ibu bapa
dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap
kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang
terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama
dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006).
vi. Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan
Individu)
Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program
individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan
matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut
(Kauffman dan Hallahan, 2005). Oleh itu,sejarah dan
perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula di
Amerika
Syarikat apabila PL94-142 digubal menjadi satu akta
yang dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan
di beberapa buah negara termasuk di
negara kita dan dijadikan sebahagian daripada cara
untuk menilai murid-murid berkeperluan khas.
Laporan Warnock
§ Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak
Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di
Britain.
§ Laporan Warnock yang
diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan
khas di Britain
§ Peringkat awal ianya
berdasar konsep pendidikan berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-kanak
berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka
daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa.
§ 1981, Britain mula dengan
Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas
perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak
biasa
§ Akta Pendidikan 1981 pula
meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas.
§ Manakala Akta Kanak-kanak
1989 (Children’s Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas
melalui dua perubahan yang ditekankan :
-Pertama, amalan membuat diagnosis hanya
ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu, diagnosis dilakukan
oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam
pendidikan khas mengikut kepakaran dan
keperluan.
-Keduanya, konsep ‘pengasingan’ diganti
dengan konsep integrasi atau inklusif
Rangka
Tindakan dan Pernyataan Salamanca
§ Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah
memulakan Program Pendidikan Khas yang bertitik tolak daripada saranan dan
gesaan beberapa deklarasi di peringkat antarabangsa.
§ Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada
tahun 1994 memberi tumpuan kepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk
kanak-kanak dan yang berkeperluan khas.
§ Rangka Tindakan Salamanca ini
memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk
mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan mengekalkan
tahap pembelajaran yang diterima.
§ Kanak-kanak berkeperluan khas juga
mempunyai kebolehan, minat, kemampuan dan
keperluan pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu
direka untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan
melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersesuaian dengan perbezaan minat
individu.
§ Rangka Tindakan Salamanca
juga memperakukan bahawa kanak-kanak khas mempunyai hak untuk memasuki
sekolah biasa melalui amalan inklusif.
Rangka
Tindakan Biwako
· Biwako diambil sempena nama tasik Biwa yang
terletak di kawasan Shiga, Jepun.
· Membincangkan tentang tindakan untuk mempromosikan
pendidikan inklusif, hak-hak kebebasan dan keperluan sosial untuk orang kurang
upaya.
· Keperluan sosial ialah hak-hak asasi manusia
termasuklah pembangunan diri dan warga upaya diberi keutamaan.
Ø PERUNDANGAN DAN DASAR-DASAR PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Akta Perlindungan Kanak-Kanak
· Kanak-kanak ialah kanak-kanak yang berusia kurang
18 tahun ke bawah.
· Suatu akta bagi peruntukan mengenai pemuliharaan
dan perlindungan kanak-kanak serta perkara-perkara yang bersampingan dengannya
atau berkaitan dengannya.
· Kemudahan : Memberi perlindungan kepada kanak-kanak
dan orang muda yang memerlukan jagaan dan perlindungan serta yang pernah
dianiaya.
· Kanak-kanak memerlukan perlindungan apabila:
-dicederakan dari segi emosi, fizikal
dan penganiayaan seks oleh penjaga.
-tidak dilindungi oleh penjaga yang
mengetahui tentang penganiayaan kanak-kanak
tersebut.
-kanak-kanak kehilangan penjaga dan
tiada orang yang mahu menjaganya.
-penjaga mengabaikan penjagaan dan
keperluan asas.
-konflik rumahtangga penjaga yang
menyebabkan kanak-kanak terganggu emosi.
-penjaga enggan kanak-kanak dirawat
bagi tujuan kesihatan.
Akta Orang Kurang Upaya 2008
· Diluluskan
pada 24 Disember 2007
· Diwartakan
pada 24 Januari 2008
· Dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.
· Untuk
mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan
dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan majlis Kebangsaan bagi Orang
Kurang Upaya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
· Akta ini direka untuk memberi kemudahan kepada
orang kurang upaya seperti:
·
Akses kepada kernudahan. ameniti.
perkhidmatan dan bangunan
awam
·
Akses kepada kemudahan pengangkutan
awam
·
Akses kepada pendidikan
·
Akses kepada pekerjaan
·
Akses kepada maklumat, komunikasi dan
teknologi
·
Akses kepada kehidupan berbudaya
·
Akses kepada rekreasi, santai dan
sukan
Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Khas)
· Peraturan-peraturan pendidikan khas 1997 terkandung
dalam Akta Pendidikan 1996.
· Murid-murid
berkeperluan khas bermaksud murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan,
kecacatan pendengaran dan masalah pembelajaran.
·
Peranan Akta Pendidikan 1996
- tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan
keperluan murid yang
menerima pendidikan khas.
- Kurikulum yang hendak digunakan berhubungan dengan pendidikan
khas.
- Kanak-kanak khas dibenarkan bersekolah sehingga berumur 19
tahun.
Pekeliling Pendidikan Khas
·
Surat, arahan, peraturan, perundangan
atau maklumat pemberitahuan yang berkaitan pendidikan khas dari pihak atasan
iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditulis dalam bentuk surat
untuk dihantar di sekolah.
·
Contoh: Terdapat pekeliling untuk
guru-guru yang mengajar pendidikan khas di sekolah yang membuktikan mereka
layak mendapat elaun tambahan atas khidmat yang mereka berikan.
Dasar-dasar berkaitan Pendidikan Khas
·
Deklarasi Hal-Hal Kemanusiaan Sejagat
(1948)
- menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan.
·
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978)
- mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran
melalui Perakuan 169 yang merupakan satu titik tolak yang memvawa kepada satu
penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan pendidikan khas di
Malaysia.
·
Akta Pelajaran 1961
- akta ini menyatakan bahawa sekolah khas
bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk
murid-murid yang kurang upaya.
·
Hak Kanak-kanak Sedunia
- pada tahun 1959, PBB telah
mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia.
- antara perkara yang ditegaskan ialah
hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak
mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
·
Tiga opsyen persekolahan bagi murid
berkepeluan khas:
- Sekolah Pendidikan Khas
- Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI)
- Program Pendidikan Inklusif
·
Sistem Pendidikan Khas di Malaysia
boleh dibahagikan kepada lima dimensi:
- pengesanan awal, intervensi dan
sokongan penjagaan kesihatan.
- keluwesan, kerelevanan dan kualiti kurikulum.
- guru dan tenaga pakar
- infrastruktur dan kewangan
- kesedaran dan penglibatan awam
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memelihara-hak-orang-kurang-upaya-1.599110
Bibliografi:
Akta Orang Kurang Upaya 2008. (2008). (t.p). Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada http://rehabmalaysia.org/wp-content/uploads/2011/12/Akta-Orang-Kurang-Upaya-2008.pdf
Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. (t.t & t.p). Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada http://kebajikan.tripod.com/aktaperlikanak.html
All Star Staff (2018). A Brief History of Special Education in the United States Dicapai pada 9 0gos 2018 . https://www.alleducationschools.com/blog/history-of-special-education/
Edward L. Meyen & Yvonne N. Bui (2007). Exceptional Children. Colorado : Love Publishing Company.
Farah Nur Syahirah Alwi, Nur Syahirah Abd Majid & Siti Hasibah Che Sarif. (2015). Rangka Tindakan Biwako. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada https://docslide.net/documents/rangka-tindakan-biwako.html
Farah Nur Syahirah Alwi, Nur Syahirah Abd Majid & Siti Hasibah Che Sarif. (2015). Rangka Tindakan Biwako. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada https://docslide.net/documents/rangka-tindakan-biwako.html
Hazreena Hussein & Md Nasir Daud (2013). Taman Sensori Untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya
June L.Bigge & Colleen S. Stump (1999). Curriculum Assessment And Instruction . Amerika Syarikat : Wadsworth Publisher
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Putrajaya:Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (2011). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-Peraturan & Kaedah-Kaedah Terpilih. Selangor:International Law Book Services.
Muhammad Faris Zaidi. (2018 Januari 29). Memelihara hak orang kurang upaya. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memelihara-hak- orang-kurang-upaya-1.599110
Samuel A. Kirk, James J. Gallagher, Nicholas J. Anastasiow & Mary Ruth Coleman. (2006). Educating Exceptional Children. New York : Houghton Mifflin Company.
Sue. (2012). Pengenalan pendidikan khas. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada https://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/pengenalan-pendidikan-khas
Sue. (2012). Pengenalan pendidikan khas. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada https://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/pengenalan-pendidikan-khas
YanaTrisha Lynn Sprayberry. (2014 Disember 30). The Impact of I.D.E.A for Students With Disabilities and Education Equality : 40 Years Later. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada https://www.huffingtonpost.com/trisha-lynn-sprayberry/idea-for-students-with-disabilities_b_6312830.html
Yanazha Hayatiman. (2013). Modul Pendidikan Khas. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada https://www.slideshare.net/YanazhaHayatiman/modul-pendidikan-khas-24495259
Zharul Nizam Shah Z.A (2010). Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Zharulnizam Shah ZA. (2012). Perundangan berkaitan pendidikan khas di Malaysia. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada http://zharulnizamshah.blogspot.com/2012/06/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
DISEDIAKAN OLEH:
NORSYAKIRAH BINTI KALAMULLAH
NUR ATHIRAH BINTI MAZLAN
No comments:
Post a Comment