Wednesday, August 8, 2018

OBJEKTIF YANG DIPAPARKAN DALAM BLOG INI IALAH:
- mengetahui definisi dan konsep pendidikan khas seperti
     a) definisi pendidikan khas
     b) definisi kanak-kanak berkeperluan khas
     c) istilah-istilah dalam pendidikan khas
     d) konsep dan kepentingan pendidikan khas
- mengetahui sejarah perkembangan pendidikan khas seperti:
     a) pengasas pendidikan khas
     b) sejarah pendidikan khas diluar negara
     c) sejarah pendidikan khas di Malaysia
- mengetahui perundangan berkaitan pendidikan khas seperti
     a) perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di luar negara
     b) perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia
- blog ini juga memaparkan video mengenai sejarah pendidikan khas

1.0 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
Definisi Pendidikan Khas

- Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.

      Menurut Hallahan dan Kauffman (2006) : Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan bagi menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

DEFINISI KANAK- KANAK BERKEPERLUAN KHAS

-Kanak-kanak Berkeperluan Khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada normal juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.

-Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri)

ISTILAH-ISTILAH DALAM PENDIDIKAN KHAS

-HANDICAP
kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.
-DISABILITY
Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal.

-IMPAIRMENT (ketidakupayaan pendengaran/ penglihatan)
Kekurangan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan kekurangan struktur atau fungsi dari segi psikologi, fisologi, dan anatomi.

KONSEP DAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN KHAS

-Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan.
Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan integrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.

 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS

PERSPEKTIF SEJARAH

 Tamadun Yunani dan Rom

Ø Orang yang cacat seperti kerencatan akal, gila, buta, pekak dan cacat anggota badan menjadi bahan ejekan, cemuhan, dan gurauan ahli masyarakat yang lain.
Ø Mereka dianggap sebagai golongan manusia yang lebih hina dan tidak berharga daripada golongan hamba abdi.
Ø Malahan ibu bapa diharuskan mencampakkan anaknya, jika anaknya dilahirkan cacat, dari suatu tempat yang tinggi kerana takutkan keluarga diejek oleh masyarakat.
Ø Anak yang cacat membawa sial serta menyusahkan masyarakat.

Zaman Pertengahan di Eropah (500-1500 M)

Ø Golongan yang cacat menerima layanan yang buruk, sungguhpun ada ajaran agama Kristian
Ø Pada amnya, orang cacat dianggap bodoh (fools) yang dikuasai oleh syaitan dan hantu.
Ø Kepercayaan bahawa orang cacat dan terencat akal sebagai dikuasai hantu dan syaitan telah mendorong masyarakat untuk menjadikan orang cacat sebgai korban bagi upacara sembahyang atau diserapkan bagi mneghalau bagi diserap bagi menghalau hantu dan syaitan yang merasuk akal fikiran
Ø Kerajaan, ahli fisiologi dan pihak gereja bersubahat menyebarkan amalan dan sikap seperti ini.

Era Selepas Tahun 1900

Ø Nasib orang-orang cacat diperjuangkan oleh tokoh-tokoh Pendidikan Khas, namun timbul pula masalah pengistilahan dan pentakrifan yang mengakibatkan kekekliruan yang menyebabkan penafian hak penempatan kanak-kanak berkenaan dalam sekolah-sekolah awam.
Ø Akibatnya wujud kes saman-menyaman.

PENGASAS PENDIDIKAN KHAS

Ø Akhir abad ke-19. Samuel Gridley Howe merupakan pengasas pendidikan khas
Ø Beliau telah menubuhkan “Perkins School For The Blind” di Massachhusetts iaitu khusus untuk kanak-kanak buta dan pekak
Ø Thomas Hopkins Galludet (1787-1851)
Ø Beliau mengajar seorang gadi pekak yang kemudiannya mendirikan sekolah untuk kanak-kanak pekak di Connecticut .
Ø  Pada awal abad ke-20, Pendidikan Khas banyak dipengaruhi oleh ahli psikologis - memperkembangkan ujian mental untuk mengesan kegagalan pelajar di sekolah
Ø Golongan sosiologis- membantu ahli keluarga dan komuniti yang berkeperluan khas.
Ø Pertengahan abad ke-20 Pendidikan Khas banyak dipengaruhi oleh golongan profesional dan dan ibu bapa melalui NGO
Ø 1922 - Persatuan Council For Excentional Children ditubuhkan di mana ahlinya seramai 50 ribu orang.
Ø Persatuan-persatuan lain seperti AAMR (American Association Mental Retardation)
Ø Persatuan ibu bapa terdiri daripada mereka yang mempunyai anak istimewa.

Jean - Mac Gaspard Itard (1775-1838)
Ø Itard, seorang doktor perubatan Peranchis dilantik untuk merawat seorang budak berumur 12 tahun bernama Victor .
Ø Victor dijumpai merayau dalam hutan dan tidak pernah berinteraksi dengan manusia.
Ø Digelar “Budak Liar Averyron” (Wild boy of Averyon) dan didapati pekak dan bisu
Ø Pada masa itu ramai pakar yang meramalkan budak tersebut tidak boleh diajar.
Ø Selama 5 tahun mangajar Victor kemahiran asas seperti memakai baju, menjaga kebersihan diri, bertutur dan bercampur gaul dengan orang lain.
Ø Beliau kecewa dengan kemajuan hingga berputus asa namun tetap bersabar.
Ø Akhirnya, dengan kesabaran yang tinggi maka Victor berjaya mempelajari huruf-huruf abjad dan maksud banyak perkataan serta kebolehan menjaga diri sendiri.
Ø Usaha yang dilakukan Itard ini maka bermulanya kesedaran bahawa kanak-kanak berkeperluan khas boleh diajar jika diberi perhatian yang sewajarnya.


   SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI BARAT

² Berpusat di Eropah pada akhir abad ke-18
² Diperkenalkan oleh Jean Marc Ittard (1775 - 1838)
² Beliau telah mendidik kanak-kanak liar iaitu Victor pada asalnya berkelakuan seperti haiwan. Victor kemudian dirujuk kepada Philipe Pinel.
² Beliau mengesahkan bahawa Victor kurang siuman dan tidak dapat dididik dan dipulihkan.
² Ittard - beranggapan bahawa Victor boleh dilatih dengan menggunakan kaedah PdP yang sistematik.
² Ittard mengambil masa lima tahun untuk membuktikannya.
² Dari aspek pendidikan, Ittard adalah pendidik pertama yang membuat pemerhatian keatas aspek inteek dan menggunakan kaedah psikologi untuk kanak-kanak.


SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

² Pendidikan Khas di Amerika Syarikat
- Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa beliau di sekolah dan sekolah menengah.
- Beliau telah memasuki Universiti dan memperolehi Ijazah Sarjna Muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang kurnag upaya.
- Michael terdiri daripada ramai orang kurang upaya yang berjaya akibat daripada kelulusan undang-undang terkenal pada tahun 70-an.

² Public Law 94-142 (di Amerika Syarikat)
- (PL 94-142) telah diperkenal pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.
- Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk semua kanak-kanak cacat (Education For All Handicapped Children Act)
- PL 94-142 adalah dititiktolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggai boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa.(Odom & McEvoy 1988)
- Sejarah pendidikan khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan.
- Public Law 94-142 (USA) menytakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang akan dikenakan keatas mereka.
- Undang-undnag ini merupakan yang palig mempengaruhi bidang pendidikan khas.
- Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam petaksiran.
- Undang-undang ini telah menekankan enam prinsip iaitu pengisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendiidkan individu, persekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa.
- Undang-undang ini menjamin bahwa setiap individu antara 3-21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka.
- Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama kanak-kanak normal atau biasa.



                                            https://www.youtube.com/watch?v=9tG1jLz2ess




SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran.


PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIKAN KHAS 



Ø  PERUNDANGAN DAN DASAR-DASAR PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA.

Public Law 94 – 142 (Amerika)

Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan. PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988).

(PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.  Sebelum ini undang undang tersebut dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Pengenalan PL94-142 adalah bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988).

Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang lain. Oleh itu, guru Pendidikan Khas akan diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang menghadapi masalah ini.

Mandat-mandat Asas PL94-142
Mandat-mandat  asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990, apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat tersebut telah memberi terhadap:
i.    Pendidikan untuk semua, 
ii. Persekitaran yang paling tidak mengehadkan (least restrictive environment), 
iii. Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi,  
iv. Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan, 
v. Hak ibu bapa yang membantah (due process) dan 
vi. Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).

i.   Pendidikan untuk semua 
Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga 18  tahun. Apabila peruntukan PL99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak (Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanak-kanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat awal lagi.


                  ii. Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment )

               Persekitaran yang paling tidak mengehadkan (least restrictive environment)    
               bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi
               individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh belajar di
               dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas kanak-kanak biasa. Justeru, kanak-
               kanak ini berhak untuk belajar bersama-sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan  
               mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai 
              'pendidikan inklusif’. Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling tidak 
               mengehadkan telah membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila 
               (2006), falsafah pendidikan inklusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan
               integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses 
               pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program inklusif ini 
               bermula di United Kingdom pada tahun 1997. Hasil pengaruh dua laporan penting pada 
               awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission 
               dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan  dengan  bagaimana  kanak-
               kanak  khas dapat diberi  pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua.



iii. Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi
Kanak-kanak  khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara.   Namun  dengan  terlaksananya  undang-undang  ini,  penilaian  ke  atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas dan  hendaklah  disesuaikan  dengan  kecacatan  atau  kekurangan  mereka. (Yusuf,etal, 2006). Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidis iplinary Team (MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihakpihak  lain   untuk  memastikan  bahawa  kanak-kanak tersebut  memerlukan penempatan di kelas khas tersebut. Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak tersebut  tersebut  akan  dinilai  dan satu perancangan  pengajaran  dan bentuk penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006). Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-kanak  tersebut,  lebih  daripada  satu  penilaian  dilakukan  untuk  sesuatu ketidakupayaan  dan  dilakukan  secara  menyeluruh  dalam  katogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)


iv. Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan
Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yan terpenting bagi kanak-kanak  khas.  Mereka  memainkan  peranan  penting  dalam  merancang  dan menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian  dan  perancangan  yang  akan  dilakukan  oleh  guru  terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.


v. Hak ibu bapa yang membantah (due process)
Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai  ketidskupayaan  seseorang  individu  adah  sulit.  Maklumat  ini  tidak akan dikongsi dengan orang yang  tidak berkaitan dalam bidang ini.  Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun, ibu bapa mempunyai  hak  untuk  melihat  semua  maklumat  berkenaan  dan  boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah dimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak mereka.  Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang  terutama  bagaimana  mereka boleh terlibat  sama  dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006).


vi. Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)
Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai  oleh  kanak-kanak  tersebut (Kauffman  dan  Hallahan,  2005). Oleh itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula di  Amerika  Syarikat apabila PL94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di beberapa buah  negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian daripada  cara  untuk  menilai  murid-murid  berkeperluan  khas. 


 Laporan Warnock

§ Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain.
§ Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain
§ Peringkat awal ianya berdasar konsep pendidikan berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa.
§ 1981, Britain mula dengan Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa
§ Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas.
§ Manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan :
  -Pertama, amalan membuat diagnosis hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam
 pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan.
-Keduanya, konsep ‘pengasingan’ diganti dengan konsep integrasi atau inklusif



Rangka Tindakan dan Pernyataan Salamanca

§ Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan Khas yang bertitik tolak daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di peringkat antarabangsa.  
§ Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuan kepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan yang berkeperluan khas.
§ Rangka Tindakan Salamanca ini memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima.
§ Kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat, kemampuan dan keperluan pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersesuaian dengan perbezaan minat individu.
§ Rangka Tindakan Salamanca juga memperakukan bahawa kanak-kanak khas mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan inklusif. 

Rangka Tindakan Biwako
·  Biwako diambil sempena nama tasik Biwa yang terletak di kawasan Shiga, Jepun.
·  Membincangkan tentang tindakan untuk mempromosikan pendidikan inklusif, hak-hak kebebasan dan keperluan sosial untuk orang kurang upaya.
·  Keperluan sosial ialah hak-hak asasi manusia termasuklah pembangunan diri dan warga upaya diberi keutamaan.




Ø  PERUNDANGAN DAN DASAR-DASAR PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
   





































           
            Akta Perlindungan Kanak-Kanak
·    Kanak-kanak ialah kanak-kanak yang berusia kurang 18 tahun ke bawah.
·    Suatu akta bagi peruntukan mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak serta perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau berkaitan dengannya.
·    Kemudahan : Memberi perlindungan kepada kanak-kanak dan orang muda yang memerlukan jagaan dan perlindungan serta yang pernah dianiaya.
·    Kanak-kanak memerlukan perlindungan apabila:
-dicederakan dari segi emosi, fizikal dan penganiayaan seks oleh penjaga.
-tidak dilindungi oleh penjaga yang mengetahui tentang penganiayaan kanak-kanak 
 tersebut.
-kanak-kanak kehilangan penjaga dan tiada orang yang mahu menjaganya.
-penjaga mengabaikan penjagaan dan keperluan asas.
-konflik rumahtangga penjaga yang menyebabkan kanak-kanak terganggu emosi.
-penjaga enggan kanak-kanak dirawat bagi tujuan kesihatan.

Akta Orang Kurang Upaya 2008
·  Diluluskan pada 24 Disember 2007
·  Diwartakan pada 24 Januari 2008
·  Dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.
·  Untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
· Akta ini direka untuk memberi kemudahan kepada orang kurang upaya seperti:
·         Akses kepada kernudahan. ameniti. perkhidmatan dan bangunan
awam
·         Akses kepada kemudahan pengangkutan awam
·         Akses kepada pendidikan
·         Akses kepada pekerjaan
·         Akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi
·         Akses kepada kehidupan berbudaya
·         Akses kepada rekreasi, santai dan sukan

Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Khas)
·  Peraturan-peraturan pendidikan khas 1997 terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.
·  Murid-murid berkeperluan khas bermaksud murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan, kecacatan pendengaran dan masalah pembelajaran.

 

                                       
·  Peranan Akta Pendidikan 1996
- tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang
  menerima pendidikan khas.
- Kurikulum yang hendak digunakan berhubungan dengan pendidikan khas.
- Kanak-kanak khas dibenarkan bersekolah sehingga berumur 19 tahun.


 Pekeliling Pendidikan Khas
· Surat, arahan, peraturan, perundangan atau maklumat pemberitahuan yang berkaitan pendidikan khas dari pihak atasan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditulis dalam bentuk surat untuk dihantar di sekolah.
· Contoh: Terdapat pekeliling untuk guru-guru yang mengajar pendidikan khas di sekolah yang membuktikan mereka layak mendapat elaun tambahan atas khidmat yang mereka berikan.


Dasar-dasar berkaitan Pendidikan Khas








       ·  Deklarasi Hal-Hal Kemanusiaan Sejagat (1948)
        - menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan.

       ·  Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978)
       - mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 yang merupakan satu               titik tolak yang memvawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas                     kepada  perkembangan pendidikan khas di Malaysia.

       ·  Akta Pelajaran 1961
      - akta ini menyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan                    layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

       ·  Hak Kanak-kanak Sedunia
      - pada tahun 1959, PBB telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia.
      - antara perkara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak
        mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang                            dialami.           

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
·  Tiga opsyen persekolahan bagi murid berkepeluan khas:
- Sekolah Pendidikan Khas
- Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
- Program Pendidikan Inklusif
·  Sistem Pendidikan Khas di Malaysia boleh dibahagikan kepada lima dimensi:
- pengesanan awal, intervensi dan sokongan penjagaan kesihatan.
- keluwesan, kerelevanan dan kualiti kurikulum.
- guru dan tenaga pakar
- infrastruktur dan kewangan
- kesedaran dan penglibatan awam





     



http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memelihara-hak-orang-kurang-upaya-1.599110

Bibliografi:

Akta Orang Kurang Upaya 2008. (2008). (t.p). Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada  http://rehabmalaysia.org/wp-content/uploads/2011/12/Akta-Orang-Kurang-Upaya-2008.pdf

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. (t.t & t.p). Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada  http://kebajikan.tripod.com/aktaperlikanak.html

All Star Staff (2018). A Brief History of Special Education in the United States Dicapai pada 9 0gos 2018 . https://www.alleducationschools.com/blog/history-of-special-education/

Edward L. Meyen & Yvonne N. Bui (2007). Exceptional Children. Colorado : Love Publishing Company.

Farah Nur Syahirah Alwi, Nur Syahirah Abd Majid & Siti Hasibah Che Sarif. (2015). Rangka Tindakan Biwako. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada https://docslide.net/documents/rangka-tindakan-biwako.html 

Hazreena Hussein & Md Nasir Daud (2013). Taman Sensori Untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya 

June L.Bigge & Colleen S. Stump (1999). Curriculum Assessment And Instruction . Amerika Syarikat : Wadsworth Publisher  

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.  Putrajaya:Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (2011).  Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-Peraturan & Kaedah-Kaedah Terpilih. Selangor:International Law Book Services.

Muhammad Faris Zaidi. (2018  Januari 29). Memelihara  hak orang kurang  upaya.  Dicapai  pada 6 Ogos 2018, daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memelihara-hak- orang-kurang-upaya-1.599110

Samuel A. Kirk, James J. Gallagher,  Nicholas J. Anastasiow & Mary Ruth Coleman. (2006). Educating Exceptional Children. New York : Houghton Mifflin Company.

Sue. (2012). Pengenalan pendidikan khas. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada https://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/pengenalan-pendidikan-khas

YanaTrisha Lynn Sprayberry. (2014 Disember 30). The Impact of I.D.E.A for Students With Disabilities and Education Equality : 40 Years Later. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada https://www.huffingtonpost.com/trisha-lynn-sprayberry/idea-for-students-with-disabilities_b_6312830.html

Yanazha Hayatiman. (2013). Modul Pendidikan Khas. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada https://www.slideshare.net/YanazhaHayatiman/modul-pendidikan-khas-24495259

Zharul Nizam Shah Z.A (2010). Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Zharulnizam Shah ZA. (2012).  Perundangan berkaitan pendidikan khas di Malaysia. Dicapai pada 6 Ogos 2018, daripada http://zharulnizamshah.blogspot.com/2012/06/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html


DISEDIAKAN OLEH:
NORSYAKIRAH BINTI KALAMULLAH
NUR ATHIRAH BINTI MAZLAN